AHLI Parlimen Beluran Ronald Kiandee akan menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan berhubung jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kiandee berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana menurutnya tindakan itu tidak adil buat PAC.
“Sidang Parlimen sudah berakhir dan tidak adil kalau saya letak jawatan sekarang,” katanya.
Kiandee berkata demikian selepas mengumumkan peletakan jawatannya dari Umno Sabah hari ini dan seterusnya menjadi ahli Parlimen bebas mesra Pakatan Harapan (PH).
Kiandee dilantik sebagai pengerusi PAC pada 7 Ogos selepas namanya dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Liew Vui Keong. – 12 Disember, 2018.
Komen