PBRS keluar BN


Jason Santos

Timbalan Presiden PBRS Arthur Kurup berkata parti itu juga bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan memerintah. – Gambar Facebook, 12 Disember, 2018.

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) telah memutuskan untuk menjadi sekutu wakil rakyat bebas, kata Timbalan Presiden Arthur Kurup hari ini.

Arthur berkata beliau membawa PBRS keluar dari Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan negeri pimpinan Warisan.

“PBRS ingin menyertai Bebas dan bekerjasama dengan kerajaan memerintah,” ahli Parlimen Pensiangan itu berkata.

Arthur ditemui selepas pemimpin-pemimpin utama Umno Sabah mengumumkan keluar BN beramai-ramai di Kota Kinabalu hari ini.

Presiden parti, Joseph Kurup, yang juga bapa kepada Arthur, sebelum ini mengumumkan PBRS memohon untuk menyertai PH selepas pakatan itu memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Joseph berkata demikian selepas Wilfred Madius Tangau membawa Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) keluar dari BN.

Beberapa bulan selepas itu, Joseph memutuskan untuk terus kekal dalam BN, tetapi kemudian menyertai Gabungan Bersatu Sabah bersama Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku, dan Umno Sabah.

GBS ditubuhkan bagi menggantikan BN di Sabah.

PBRS kini mempunyai seorang ahli Parlimen (Arthur) dan seorang Adun, Elron Angin (Sook).

Tetapi perbezaan antara Angin dengan parti presiden akan menyaksikan hanya seorang ahli Parlimen yang tinggal dalam PBRS kerana Angin dijangka akan menyertai STAR yang dipimpin oleh Jeffret Kitingan pada 16 Disember. – 12 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen