Nenek 102 tahun terjun udara di Australia


Irene O'Shea melakukan terjunan secara berkembar pada ketinggian 14,000 kaki di ruang angkasa selatan Australia pada Ahad. – Gambar AFP, 12 Disember, 2018.

SEORANG wanita berusia 102 tahun dipercayai menjadi penerjun udara tertua di dunia selepas terjun di ketinggian 14,000 kaki di ruang angkasa selatan Australia.

Irene O’Shea yang juga seorang moyang berkata dia “rasa normal” selepas terjun dengan kelajuan 220km sejam.

Warga emas itu pernah melakukan terjunan ketika ulang tahunnya ke-100 pada 2016, tetapi penganjur mendakwa terjunan berkembar yang dilakukan pada Ahad lalu pada usia 102 tahun dan 194 hari menempatkan namanya dalam buku sejarah.

“Sungguh jelas di atas sana, dan cuaca baik tetapi sangat sejuk,” katanya.

O’Shea melakukan terjunan itu bertujuan mengutip dana amal bagi penyakit neuron, selepas anak perempuannya meninggal dunia akibat penyakit itu. – AFP, 12 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen