McDonald's mahu kurangkan antibiotik dalam daging lembu


Mulai 2020, McDonald's akan mula melaporkan perkembangan terhadap sasaran pengurangan penggunaan antibiotik dalam daging lembu. – Gambar EPA, 12 Disember, 2018.

MCDONALD’S semalam mengumumkan rancangan untuk mengurangkan penggunaan antibiotik dalam daging lembu, memperluaskan pembaharuan yang berorientasikan kesihatan bagi sumber daging selain daging ayam.

Mulai 2020, McDonald’s akan mula melaporkan perkembangan terhadap sasaran pengurangan penggunaan antibiotik.

“McDonald’s percaya penggunaan antibiotik merupakan isu kesihatan awam yang serius dan kami mengambil pendirian unik untuk mengatasi cabaran ini,” kata Naib Presiden global McDonald’s, Keith Kenny.

McDonald’s, Walmart, Tyson Food dan lain-lain telah mengumumkan pelan untuk menyekat atau menghentikan penggunaan antibiotik dalam daging ayam.

Ia ekoran amaran pegawai kesihatan dan resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pengambilan antibiotik pada 2016 yang berikrar akan mengambil tindakan bersepadu untuk menangani penggunaan antibiotik yang berlebihan. – AFP, 12 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen