8 maut, bunga api meletup ketika perarakan di Mexico


Dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun adalah antara mereka yang terbunuh dalam insiden letupan bunga api, yang berlaku subuh di gereja San Jose di Tequisquiapan, kira-kira 145 kilometer dari barat laut Bandaraya Mexico. – Gambar EPA, 12 Disember, 2018.

LETUPAN besar bunga api semasa perarakan di sebuah gereja Mexico mengakibatkan tujuh orang maut pada Selasa dan kira-kira 50 yang lain cedera, kata pihak berkuasa.

Dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun adalah antara mereka yang terbunuh dalam insiden itu, yang berlaku subuh di gereja San Jose di Tequisquiapan, kira-kira 145 kilometer dari barat laut Bandaraya Mexico.

Bunga api itu adalah derma bagi perayaan, tetapi “ada sesuatu yang tidak kena dan ia meletup,” kata Gabriel Bastarrachea, pegawai kecemasan kecemasan Queretaro.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang berarak ke arah gereja apabila tiba-tiba berlaku letupan besar yang menyebabkan mereka bertempiaran lari dan menjerit.

Ia adalah insiden terbaru dalam beberapa siri kejadian letupan bunga api yang mengorbankan nyawa di Mexico.

Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam kejadian letupan bunga api pada Julai lalu di bandar Tultepec di bandar Mexico, dan 42 orang terbunuh ketika sebuah roket bunga api meletup pada Disember 2016 ketika sambutan Krismas. – AFP, 12 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen