GEMPA bumi sederhana dengan kekuatan 5.7 pada skala Richter berlaku di selatan Laut Maluku pada 7.23 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 170 kilometer selatan dari Tomohon, Indonesia.
Bagaimanapun, kenyataan itu berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama, 10 Disember, 2018.
Komen