Ahmad Maslan ada masa depan cerah dalam Umno, kata Nurul 


Noel Achariam

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata Ahmad Maslan teguh dalam pendirian dan sering terlibat dalam perbahasan di Parlimen.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Disember, 2018.

AHLI Parlimen Pontian Ahmad Maslan perlu kekal dalam Umno dan tidak lompat parti kerana beliau mempunyai masa depan yang cerah dalam parti itu, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. 

Katanya, beliau menghargai kedudukan dan peranan Ahmad sebagai ahli Parlimen Pontian yang teguh pendirian dan memulakan dan terlibat dalam perbahasan di Parlimen.

“Saya tidak mahu beliau lompat. Tidak kepada PKR atau Bersatu. Tolong kekal dalam Umno. 

“Maksud saya, jalankan tugas kamu, kamu sudah kama memegang kuasa dan saya pasti kamu akan menjadi pembangkang yang hebat dan ia adalah apa yang Malaysia perlukan, katanya pada forum New Malaysia Rising: The Challenge of Fulfilling The Dream yang diadakan di Sunway University hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dilaporkan berkata bahawa parti itu maklum wujud beberapa ahli parlimennya di Sabah merancang untuk meninggalkan parti. 

Beliau juga maklum ada beberapa pemimpin Umno dari bahagian di negeri itu bertemu Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas pemimpin Umno Rais Yatim berkata beliau tidak terkejut sekiranya lebih ramai pemimpin dan ahli parti itu meninggalkan parti yang menerajui Barisan Nasional.

Memberikan respons mengenai fenomena yang kini ketara berlaku di pihak pembangkang. Naib Presiden PKR itu berkata bahawa mereka (Pakatan Harapan) perlu mula menyedari bahawa tidak ada kerajaan atau ahli eksekutif yang dapat berfungsi tanpa pembangkang yang baik.

“Apa yang anda mahu? Anda mahu bubarkan Umno, apa yang akan berlaku nanti? Anda mahu PAS muncul sebagai (pembangkang) paling kuat? Saya beritahu anda ia memang akan berlaku.

“Siapa yang anda fikir mendapat sokongan kedua terbesar selepas Umno,” katanya yang merujuk parti Islam itu.

Beliau berkata mereka (Umno) harus jelas memahami apa kesan daripada tindakan lompat parti, dan ia harus dihentikan.

“Saya rasa aspek utama penglibatan demokrasi ini atau dalam apa-apa bentuk demokrasi adalah saling menghormati.

“Hakikatnya, akhirnya nanti (pihak-pihak tertentu) saling bertemu kerana peduli dengan masa depan (negara).

“Tetapi anda terlibat hanya untuk minta orang lompat (parti), anda bukan sahaja hina mereka, tetapi saya fikir ia bahkan menghina diri anda sendiri.” – 11 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen