RUSIA hari ini memberi penghormatan terakhir kepada ikon hak asasi manusia Lyudmila Alexeyeva.
Acara itu dijangka akan turut dihadiri Presiden Vladimir Putin walaupun kritikan aktivis semakin memuncak terhadap pemerintahannya.
Alexeyeva meninggal pada hari Sabtu di usia 91 tahun. Sepanjang hidupnya sejak tujuh dekad lalu menyaksikan kerja-kerja beliau mempromosi hak asasi manusia semasa era Kesatuan Soviet dan Rusia moden.
Tokoh-tokoh pembangkang terkenal dan rakyat Rusia berdiri dalam titisan salji di kawalan ketat keselamatan dalam acara penghormatan terakhir aktivis itu di Moscow.
Tetapi rakan sekerja Alexeyeva, Lev Ponomaryov, 77 tahun, yang kini menjalani hukuman penjara 16 hari kerana mengadakan protes, tidak hadir selepas mahkamah menafikan rayuannya untuk hadir ke acara penghormatan terakhir itu.
Pengkritik Kremlin terkemuka, Alexei Navalny, yang berkali-kali dipenjarakan kerana mengadakan demonstrasi anti-Putin, turut berada di majlis tersebut.
Dmitry Gudkov, seorang ahli politik pembangkang yang hadir, memberitahu AFP bahawa kehadiran Putin hanya satu hal “dilihat bertentangan (dengan dasar beliau)”.
“Ponomaryov ditahan namun semuanya disekat untuk Putin boleh datang,” katanya.
“Dia mungkin mahu dilihat sebagai manusia, tetapi ia kelihatan menjijikkan jika melihat terhadap apa yang berlaku di negara ini,” katanya. – AFP, 11 Disember, 2018.
Komen