KETUA Umno bahagian Kudat Guraman Loong secara terbuka menyatakan hasratnya untuk menyertai Bersatu, dan menyatakan parti yang diasaskan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad itu berkongsikan perjuangan yang sama seperti Umno.
“Sudah lama saya buat keputusan untuk meninggalkan Umno. Lebih ramai ahli meninggalkan Umno.
“Sekiranya situasi ini berterusan, bagaimana saya mahu terus bantu rakyat? Ini sebabnya apabila saya tinggalkan Umno dan sertai Bersatu, saya mampu bantu mereka,” katanya.
Guraman merupakan antara 15 ketua bahagian Umno yang hadir pada mesyuarat Umno Sabah bagi menentukan hala tuju parti itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh pengerusi badan perhubungan Umno negeri Hajiji Mohd Noor.
Menurut Guraman, kira-kira 30% ahli Umno bahagian Kudat sudah meninggalkan parti dan menyertai Warisan.
Ia tidak jelas pada ketika ini sama ada Bersatu akan bertapak di Sabah, tetapi sebelum ini parti itu berkata ia tidak akan menubuhkan cawangan di negeri itu.– 11 Disember, 2018
Komen