SEKURANG-kurangnya empat orang terbunuh dan enam lagi cedera selepas pengebom bunuh diri menyasarkan konvoi pasukan keselamatan di Kabul awal hari ini, kata para pihak berkuasa.
Ia adalah serangan terbaru Taliban di Kabul, ibu negara Afghanistan.
Ledakan berlaku di kawasan perumahan Penghman di barat Kabul ketika konvoi itu kembali dari operasi malam tadi, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Najib Danish kepada AFP.
“Masih tidak jelas sama ada penyerang berjalan kaki atau memandu kenderaan (untuk mengebom dirinya),” kata jurucakap itu.
Seorang pegawai keselamatan lain yang meminta namanya tidak disiarkan berkata penyerang itu menggunakan bom kereta untuk menyerang konvoi tersebut.
Serangan ke atas pasukan keselamatan Afghanistan oleh Taliban dan kumpulan Daesh menyaksikan korban tinggi di pihak kakitangan keselamatan tahun ini.
Pasukan keselamatan Afghanistan, yang kerap diserang, kini berjuang melawan pemberontak sendirian sejak NATO yang diketuai AS kebanyakannya meninggalkan mereka negara itu sejak tiga tahun lalu.
Pada bulan November Presiden Ashraf Ghani berkata hampir 30,000 tentera Afghanistan terbunuh sejak tahun 2015 -angka yang jauh lebih tinggi daripada yang diketahui sebelum ini. – AFP, 11 Disember, 2018.
Komen