AS kembalikan trofi perang ke Filipina


Loceng Balangiga adalah simbol perjuangan kemerdekaan Filipina. – Gambar AFP, 11 Disember, 2018.

LOCENG gereja yang dirampas dari tentera Amerika Syarikat (AS) daripada Filipina sebagai trofi perang lebih satu abad yang lalu dikembalikan ke negara itu hari ini, dalam usaha untuk mengubah haluan baru antara dua sekutu yang bersejarah.

Tiga loceng Balangiga dikembalikan yang pernah digesa untuk dipulangkan kembali ke negara bekas tanah jajahan AS itu, yang ketika ini mempunyai hubungan rapuh setelah Presiden Rodrigo Duterte memulakan dasar pandang ke China.

“Mengembalikan loceng ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan,” kata Duta Besar Amerika Syarikat, Sung Kim, dalam satu majlis penyerahan balik di lapangan terbang Manila, keadaan meriah menghangatkan suasana apabila loceng itu dikeluarkan dari peti simpanan kayu.

“Menjadi satu penghormatan saya di sini bagi mengakhiri bab yang menyakitkan dalam sejarah kita,” katanya kepada orang ramai termasuk kumpulan yang melobi selama bertahun-tahun agar loceng itu dipulangkan.

Loceng itu akan dihantar kembali minggu ini kepada gereja di Balangiga di mana mereka pernah diserang tentera AS bagi membalas pembunuhan 48 anggota tentera itu pada 28 September 1901.

Sebagai balasan, komander Amerika Syarikat, Jacob Smith memerintahkan pulau Samar dibakar menjadi “hutan belantara yang menyala”, mengakibatkan pembunuhan beribu-ribu warga Filipina dan menyaksikan keruntuhan Balangiga.

Kembalinya loceng gangsa itu telah dipertikaikan oleh beberapa veteran tentera AS dan penggubal undang-undang, yang melihat ia sebagai penghormatan kepada tentera Amerika yang terkorban, sedangkan Filipina melihatnya sebagai simbol perjuangan kemerdekaan.

Dua daripada loceng itu dipamerkan di Wyoming, AS dan satu lagi masih di Korea Selatan untuk dipulihara dan akan diterbangkan ke pangkalan udara Manila hari ini menggunakan kapal kargo tentera Amerika. – AFP, 11 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen