Lelaki AS dituduh rancang serangan IS di gereja Yahudi


PIHAK berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang lelaki dari Ohio kerana menyediakan bahan sokongan kepada militan Islamic State (IS) dalam satu rancangan serangan tembakan besar-besaran di satu jemaah Yahudi.

Damon Joseph, 21, didakwa melakukan rancangan terperinci untuk membunuh jemaah di gereja di bandar Toledo pada sambutan Sabbath Yahudi, yang bermula ketika matahari terbenam Jumaat sehingga tengah malam Sabtu.

Dia ditahan pada Jumaat ketika mengambil dua senapang semi automatik daripada ejen persekutuan yang menyamar. Polis berkata senapang itu tidak boleh digunakan.

Dalam afidavit yang difailkan di mahkamah persekutuan, Joseph didakwa bersubahat dengan propaganda IS secara dalam talian dan terbabit dengan tembakan di gereja Yahudi di Pittsburgh pada Oktober – serangan anti Semitik paling buruk dalam sejarah moden AS di mana 11 terbunuh.

Jika disabitkan bersalah, Joseph berdepan hukuman penjara 20 tahun. – AFP, 11 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen