Sasaran guna biodiesel B20 dicapai menjelang 2020, kata Dr Mahathir


Noel Achariam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada pelancaran program B10 Diesel di Putrajaya hari ini. Beliau berkata Industri minyak sawit negara harus berani ceburi pasaran baharu dan membuktikan kualiti minyaknya antara yang terbaik di dunia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 11 Disember, 2018.

MALAYSIA perlu bersaing secara lebih agresif dalam sektor biodiesel atau ketinggalan oleh pengeluar minyak sakit Indonesia, yang mengisytiharkan penggunaan mandatori 20% biodiesel (B20) pada September tahun ini, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata bukan sahaja Indonesia mendahului Malaysia dan muncul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, republik itu juga berjaya melaksanakan program B20, yang menjadikan ia satu mandatori bagi sektor pengangkutan menggunakan campuran 20% minyak sawit dengan 80% diesel fosil.

“Industri minyak sawit Malaysia harus berani menceburi pasaran baharu dan membuktikan kepada dunia bahawa kualiti minyak sawit Malaysia adalah antara yang terbaik,” katanya pada pelancaran program B10 Diesel di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata semua pemain industri dan sektor biodiesel di Malaysia akan dapat mencapai biodiesel B2O menjelang 2020.

Dr Mahathir berkata program biodiesel B10 (adunan 10% metil ester sawit dengan diesel petroleum 90%) akan secara progresif menggantikan program B7 (7% metil ester dengan 93% diesel petroleum) menjelang Februari 2019. – 11 Disember, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen