Gempa kuat gegar selatan Kepulauan Sandwich


Pusat gempa bumi yang berlaku di Kepulauan Sandwich direkodkan pada 58.35 darjah selatan dan 26.37 darjah barat dengan kedalaman 150 kilometer. – Gambar EPA, 11 Disember, 2018.

GEMPA bumi berkekuatan 7.0 magnitud melanda selatan Kepulauan Sandwich di Atlantik pada 10.26 Selasa pagi (waktu tempatan), menurut Pusat Rangkaian Gempa China.

Agensi berita Xinhua melaporkan pusat gempa bumi direkodkan pada 58.35 darjah selatan dan 26.37 darjah barat.

Gempa pada kedalaman 150 kilometer. – Bernama, 11 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen