DUA rahib sekolah Katolik di California mengaku bersalah menyelewengkan kira-kira AS$500,000 dan menggunakan wang itu selama bertahun-tahun untuk melancong dan berjudi di Las Vegas.
Sister Mary Margaret Kreuper dan Lana Chang, yang dikatakan sepasang sahabat baik mengambil wang itu daripada dana tuisyen, yuran dan sumbangan di Sekolah Katolik St. James di Torrance, selatan Los Angeles.
Uskup Agung Los Angeles berkata wang yang kehilangan wang itu dikesan ketika audit rutin dijalankan dan dipercayai dua rahib berkenaan mencuri wang berkenaan sejak sedekad lalu.
Kreuper ialah bekas pengetua di sekolah berkenaan di mana beliau bekerja selama 20 tahun hingga bersara awal tahun ini. Chang ialah guru di sekolah sama selama 20 tahun dan juga bersara tahun ini, menurut laporan media tempatan.
Ibu bapa dilaporkan dimaklumkan mengenai penyelewengan dua rahib berkenaan awal bulan ini.
Walaupun perkara itu sudah dimaklumkan kepada polis, uskup agung berkata ia tidak bercadang mengambil tindakan jenayah terhadap dua rahib berkenaan yang selama berdekad mendidik moral pelajar. – AFP, 11 Disember, 2018.
Komen