Perancis naik gaji minimum untuk tenangkan protes 'jaket kuning'


Presiden Perancis Emmanuel Macron menegaskan protes 'jaket kuning' berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat sejak sekian lama. – Gambar EPA, 11 Disember, 2018.

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron mengumumkan pada Isnin kenaikan sebanyak 100 euro (AS$113) sebulan gaji minimum bermula tahun depan susulan dalam konsesi besar kepada penunjuk perasaan “jaket kuning” yang menyebabkan negara itu bergolak.

Gaji minimum ditetapkan pada 1,498 euro sebulan sebelum cukai pada 2018 dan 1,185 euro selepas cukai.

Macron juga menurunkan semula kebanyakan kenaikan cukai tidak popular ke atas pesara yang diperkenalkan oleh kerajaannya.

Dalam ucapannya kepada rakyat, bekas jurubank pelaburan berusia 40 tahun itu juga bercakap dengan nada lebih rendah daripada biasa ketika beliau berusaha menangani kritikan gaya kepimpinannya.

“Saya tahu saya menyakiti sebahagian kamu dengan kenyataan saya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan protes oleh kebanyakan orang berpendapatan rendah di bandar kecil atau luar bandar Perancis berpunca daripada masalah jangka panjang.

“Kesusahan mereka tidak bermula hari ini. Kita sudah terbiasa dengannya,” katanya.

“Ini adalah rentetan 40 tahun rasa tidak puas hati yang akhirnya meletus,” katanya. – AFP, 11 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen