CHINA hari ini membantah layanan “tidak berperikemanusiaan” ke atas eksekutif gergasi komunikasi Huawei yang ditahan sementara menanti permohonan ekstradisi AS, memetik laporan yang beliau tidak mendapat rawatan perubatan secukupnya.
Ketua Pegawai Kewangan Huawei Meng Wanzhou sudah memfailkan permohonan di Vancouver berhujah yang beliau perlu dibebaskan daripada penjara Kanada.
Dalam afidavit bersumpah, wanita berusia 46 tahun itu berkata beliau dirawat di hospital Kanda kerana mengalami tekanan sejak ditahan pada 1 Disember dan berdepan kemungkinan ekstradisi.
Akhbar China, Global Times melaporkan tanpa memetik sumber, yang “nampaknya kemudahan tahanan Kanada tidak menawarkan rawatan perubatan bersesuaian untuknya.”
“Kami percaya ia tidak berperikemanusiaan dan mencabul hak asasinya,” kata jurucakap Kementerian Luar Lu Kang. – AFP, 10 Disember, 2018.
Komen