Lebih 200 rakyat Jepun saman kerajaan


Putera Diraja Naruhito (kanan) akan menaiki takhta bagi menggantikan ayahnya, Maharaja Akihito pada Mei tahun depan. – Gambar AFP, 10 Disember, 2018.

LEBIH 200 rakyat Jepun termasuk ahli kumpulan Kristian dan sami Buddha, menyaman kerajaan bagi membantah penggunaan wang pembayar cukai bagi majlis pertabalan maharaja baharu negara itu.

Kira-kira 240 orang berkumpul untuk mengemukakan saman itu di Mahkamah Daerah Tokyo dan menegaskan penggunaan dana dari bajet negara melanggari perlembagaan yang memisahkan urusan agama dan negara.

Saman itu dipercayai yang pertama dikemukaka ke atas Putera Diraja  Naruhito untuk menaiki takhta pada 1 Mei depan sehari selepas bapanya Maharaja Akihito turun takhta.

Bajet untuk majlis pertabalan itu pada tidak diumumkan kepada awam tetapi kerajaan berkata ia akan dilakukan mengikut amalan terdahulu.

Salah seorang plaintif, Koichi Shin berkata majlis pertabalan yang dilakukan pada 1990 apabila Akihito menaiki takhta, melibatkan belanja sebanyak AS$108 bilion (RM400 bilion).

Saman itu dikemukakan selepas Putera Akishino, anak lelaki bongsu maharaja, mengkritik pelan kerajaan untuk menggunakan duit rakyat bagi acara keagamaan yang berkait dengan pertabalan diraja.

Pihak plaintif berharap kerajaan akan membekukan perbelanjaan wang rakyat bagi amalan keagamaan termasuk Daijosai iaitu upacara musim menuai dan keamanan. – AFP, 10 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen