DAP masih perjuang pilihan raya PBT, namun tumpu janji manifesto dahulu


Asila Jalil

Lim Guan Eng mengatakan DAP akan memberi keutamaan kepada janji-jani manifesto Pakatan Harapan dan cuba mendapatkan persetujuan parti-parti dalam gabungan itu mengenai pelaksanaan pilihan raya PBT. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 Disember, 2018.

DAP akan terus memperjuangkan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT), namun pada ketika ini hanya akan memberi keutamaan untuk laksana janji-janji manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berkata DAP tidak akan melupakan perjuangan untuk pilihan raya ketiga itu, dan menegaskan  akan meneruskan usaha itu pada masa akan datang.

“Pertama kita perlu laksanakan janji-janji manifesto PH. Kedua, kita perlu meyakinkan PH untuk setuju dengan jalankan pilihan raya majlis tempatan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata penting untuk mendapatkan persetujuan daripada semua empat parti dalam gabungan kerajaan itu sebelum mula melaksanakannya. – 10 Disember, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen