SISTEM pengangkutan awam Jerman hampir lumpuh hari ini apabila kebanyakan perkhidmatan kereta api dihentikan ekoran mogok oleh pekerja perkhidmatan itu.
Situasi itu membuatkan berjuta-juta penumpang terjejas selepas pekerja menuntut kenaikan gaji sebanyak 7.5% bagi 160,000 pekerja rangkaian pengangkutan itu.
Perkhidmatan tren antara bandar dan wilayah selain tren komuter di bandar terpaksa dibatalkan di negara itu selama empat jam.
Mogok itu menyebabkan perkhidmatan kereta api kargo terhenti dan menjejaskan proses penghantaran barang.
Syarikat pengendali perkhidmatan komuter Deutsche Bahn menyifatkan mogok itu sebagai tidak wajar dan memburukkan keadaan kerana mereka bersedia mendengar tuntutan pekerja tersebut.
Deutsche Bahn menawarkan kenaikan sebanyak 5.1% dalam dua fasa dengan pilihan untuk pekerja boleh membuat kerja lebihan masa dan satu lagi pilihan iaitu pembayaran ‘one-off’ kepada pekerja tersebut.
Syarikat itu juga menafikan telah mengabaikan rundingan, sebaliknya mendakwa kesatuan pekerja tersebut yang meninggalkan rundingan dan meneruskan mogok. – 10 Disember, 2018.
Komen