BEKAS Pemimpin Umno Sabah dan Adun Sukau Saddi Abdul Rahman mengumumkan hari ini bahawa beliau akan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).
Saddi meninggalkan Umno Sabah pada 1 Ogos untuk menjadi Adun bebas <sila sambung: https: //www.themalaysianinsight.com/s/83806>
“Saya sokong mana-mana parti negeri yang berjuang untuk Perjanjian Malaysia 1963, hak-hak negeri dan pengagihan adil royalti minyak,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Saddi berkata beliau akan menyerahkan borang keahlian Warisannya kepada presiden parti, Mohd Shafie Apdal esok.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Saddi mengekalkan kerusinya dengan majoriti 1,628 undi, mengalahkan Ismail Ayub dari Warisan.
Umno Sabah kini hanya mempunyai 11 wakil rakyat di negeri ini, sementara jumlah keseluruhan wakil Barisan Nasional berjumlah 19 orang.
Parti pemerintah pula mempunyai 35 wakil rakyat, dengan 21 dari Warisan, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (4), DAP (6), PKR (2) dan dua orang bekas Adun Umno, yang keluar daripada parti itu pada 10 Mei. – 10 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen