Aktivis wanita bangkit di Timur Tengah dan Afrika Utara


Amnesty International memberikan penghormatan kepada aktivis-aktivis di Timur Tengah dan Afrika Utara. – Gambar AFP, 10 Disember, 2018.

PEMBELA hak wanita bangkit untuk mengubah langskap sosial di Timur Tengah dan Afrika Utara pada tahun 2018 walaupun terdapat banyak salah laku kerajaan dan kumpulan bersenjata, kata Amnesty International pada hari Isnin.

Memberi penghormatan kepada aktivis-aktivis wanita yang dimasukkan dalam laporan yang dikeluarkan pada Hari Hak Asasi Manusia, Amnesty berkata mereka “berada di tengah-tengah cerita menarik mengenai perubahan yang sukar ditandingi”.

Wanita di Iran, Arab Saudi, Mesir, Maghribi dan wilayah Palestin mengambil bahagian dalam pergerakan protes “dan membuatkan pihak berkuasa cemas mengenai masalah yang mencabar status quo”.

Amnesty berkata 66 wanita pembela hak asasi manusia ditahan tahun ini di Iran, 14 di Arab Saudi dan tiga di Mesir.

“Dari berjaya berkempen membuang larangan memandu di Arab Saudi sehingga memprotes amalan Iran yang menghina wanita dengan paksaan hijab, (nampaknya) wanita di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara telah bangkit,” kata Heba Morayef, pengarah kumpulan hak wanita bagi rantau itu.

“Dalam proses itu, mereka sering menghadapai risiko penangkapan dan penahanan.”

Amnesty turut menyatakan contoh “penangkapan Amal Fathy yang keterlaluan di kalangan aktivis wanita” di Mesir.

Beliau “dipenjarakan sejak Mei hanya kerana memuat naik video dalam talian yang membicarakan pengalaman gangguan seksual dan mengkritik kerajaan Mesir kerana mengabaikan mangsa yang terselamat”. – AFP, 10 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen