Eksekutif Huawei ditangkap, China panggil duta AS


Penahanan Ketua Kewangan Huawei Meng Wanzhou yang berdepan pendakwaan penipuan di AS berkaitan urus niaga dengan Iran mencetuskan kemarahan Beijing yang mengancam “gencatan” sementara perang perdagangan China dan AS. – Gambar AFP, 9 Disember, 2018.

CHINA memanggil duta AS pada Ahad untuk membantah penahanan yang “sangat teruk” ketua pegawai kewangan Huawei di Kanada dan mendesak AS mengugurkan permohonan ekstradisi.

Penahanan Meng Wanzhou yang berdepan pendakwaan penipuan di AS berkaitan urus niaga dengan Iran mencetuskan kemarahan Beijing yang mengancam “gencatan” sementara perang perdagangan China dan AS.

Meng- anak perempuan pengasas Huawei, Ren Zhengfei yang juga bekas jurutera Tentera Pembebasan Rakyat China- berada dalam tahanan sementara menanti keputusan permohonan membebaskannya di mahkamah Kanada pada Isnin.

Timbalan Menteri Luar Lu Yucheng memanggil Duta AS Terry Branstad sehari selepas memanggil utusan Kanada John McCallum untuk menyuarakan ketidakpuasan hati China.

China juga menggesa AS untuk “mengambil tindakan serta merta membetulkan amalan salah dan membatalkan waran tangkap ke atas warga China.

Kenyataan turut memberi amaran yang Beijing akan bertindak selaras dengan tindakan AS. – AFP, 9 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen