POLIS Iran hari ini berkata 10 orang ditahan berkaitan serangan bunuh diri di Tenggara Iran yang membunuh dua pegawainya.
Kumpulan pemisah, Ansar al-Furqan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan Khamis lalu apabila sebuah kereta sarat bahan letupan dipandu merempuh sebuah balai polis di bandar pelabuhan Chabahar.
Pihak berkuasa bagaimanapun menolak pengakuan serangan itu yang turut mencederakan 40 yang lain.
Ketua Polis Hossein Ashtari berkata 10 orang sudah ditahan, menurut agensi berita konservatif, Fars tanpa memberikan butiran lanjut.
Semalam, Ansar al-Furqan mendedahkan gambar pengebom bunuh diri itu, dikenali sebagai Abdullah Aziz menurut Kumpulan Tapak Perisikan yang memantau aktiviti pengganas.
Daerah Sistan-Baluchistan berdepan pemberontakan berdekad lamanya dilancarkan kumpulan pemisah Baluchi berpangkalan di Pakistan dan pelampau Sunni Islam.
Iran menyalahkan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Israel, mendakwa mereka menyokong kumpulan pemisah itu. – AFP, 9 Disember, 2018.
Komen