PM beri sokongan dengan tidak hadir program, kata pengerusi Suhakam


Asila Jalil

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi sokongan dengan caranya tersendiri.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Disember, 2018

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini berkata Perdana Menteri Dr Mahathri Mohamad memberi sokongan dengan tidak menghadiri program sambutan Hari Hak Asasi Manusia hari ini.

“Perdana menteri telah, dengan caranya sendiri, telah memberikan kami sokongan.

“Oleh kerana beliau tidak berada di sini, orang tiba-tiba menjadi lebih berminat. Jadi, mereka telah datang, mereka bertanya dan menunjukkan minat terhadap isu-isu yang berbeza,” kata pengerusi Suhakam Razali Ismail pada program itu di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat hadir pada sambutan itu kerana pentadbirannya dan Suhakam akan menjadi janggal berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Beliau berkata, Putrajaya memutuskan untuk tidak meratifikasikan konvensyen itu, Suhakam pula menyokongnya.

“Saya memutuskan kita tidak akan menerima ICERD dan Suhakam mahu menerima ICERD, jadi bagaimana saya nak pergi?” katanya selepas mempemgerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya semalam.

Kira-kira 300 orang hadir pada sambutan Hari Hak Asasi Manusia Suhakam hari ini, yang ditunda dari demalam atas nasihat polis kerana tarikhnya bertembung dengan perhimpunan anti-ICERD di Kuala Lumpur.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Muhammad Ariff Md Yusof mewakili Dr Mahathir dan merasmikan program berkenaan.

Razali juga berkata, kerajaan akan terus menasihatkan kerajaan berhubung semua isu, termasuk ICERD.

“Kami akan terus menasihatkan kerajaan dalam segala aspek, termasuk ICERD. Walaupun kami kecewa, kami akan terus memberikan nasihat,” katanya.

Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata peranan suruhanjaya itu melibatkan menasihati kerajaan berhubung dasar serkianya pandangan mereka berhubung sebarang perkara tidak selari.

Beliau berkata, Suhakam akan mengkaji peruntukan ICERD dan Perlembagaan Persekutuan sebagai sebagahan daripada peranan menasihatnya, tambahnya.

“Kami yakin mereka tidak bercanggah; ia (ICERD) tidak bertentangan dengan perlembagaan atau cara hidup rakyat Malaysia.

“Kedudukan Melayu dan Bumiputera, termasuk di Sabah dan Sarawak tidak akan terjejas di bawah ICERD.” – 9 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen