Ketua staf Trump tamat perkhidmatan hujung Disember


Ketua staf White House John Kelly akan meninggalkan pentadbiran Presiden Donald Trump pada hujung bulan ini. – Gambar EPA, 9 Disember, 2018.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengumumkan ketua stafnya John Kelly akan tamat perkhidmatan, dalam perkembangan terbaru berhubung tekanan siasatan campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden, ketika fokus sepatutnya diberikan kepada persiapan pemilihan 2020.

Kelly, seorang pesara jeneral marin sudah lama dilaporkan akan menamatkan perkhidmatan, di mana dikhabarkan hubungannya dengan Trump sangat merosot sehinggakan mereka tidak lagi bercakap antara satu sama lain.

Pendakwa raya berkata Trump sudah mengarahkan peguamnya Michael Cohen untuk membuat bayaran tidak sah kepada dua wanita untuk mendiamkan tuduhan hubungan seksual.

“John Kelly akan tamat perkhidmatan akhir tahun ini,” Kata Trump sebelum ke Philadelphia. “Saya amat hargai jasanya.”

Beliau berkata penggantinya – mungkin pelantikan sementara akan dinamakan dalam tempoh sehari dua ini. – AFP, 9 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen