SEKURANG-KURANGNYA enam orang maut dan berpuluh lagi cedera dalam insiden rempuhan di sebuah kelab malam di Itali awal pagi hari ini.
Kejadian itu berlaku ketika satu konsert rap sedang berlangsung di kelab Blue Lantern, di Corinaldo, kawasan pesisir bandar Adriatic.
Menurut jurucakap bomba dalam kenyataan di laman Twitter, rempuhan dipercayai berpunca akibat penyebaran campuran bahan yang menyakitkan, menyebabkan ramai pengunjung terdiri daripada belia lari bertempiaran.
“Mereka saling merempuh, menyebabkan enam terbunuh dan berpuluh lagi cedera,” kata bomba.
Menurut laporan media tempatan, kira-kira 1,000 orang ketika menyaksikan persembahan penyanyi rap tempatan Sfera Ebbasta.
Kemalangan itu dikatakan berlaku sekitar 1.00 pagi waktu tempatan.
Antara mangsa yang terbunuh termasuk lima orang remaja berusia bawah 18 tahun iaitu tiga remaja perempuan dan dua lelaki.
Seorang lagi mangsa merupakan orang dewasa yang menenami anak perempuannya ke konsert itu.
Seramai 12 lagi mangsa mengalami kecederaan serius. – AFP, 8 Disember, 2018.
Komen