PERU semalam berkata akan menggesa “Kumpulan Lima” negara untuk memutuskan ikatan diplomatik dengan Venezuela dan mengeluarkan larangan perjalanan ke atas semua pegawai tertinggi kerajaan Presiden Nicolas Maduro.
Kumpulan negara serantau seramai 14 ahli itu enggan mengiktiraf pilihan raya Venezuela Mei lalu, yang dimenangi Maduro membolehkannya mentadbir enam tahun lagi dalam pengundian yang dicemari pelbagai keraguan.
“Kesan biasanya adalah untuk mencadangkan, sebagai salah satu tindakan untuk kita ambil dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Venezuela,” kata Menteri Luar Peru Nestor Popolizio.
Beliau memberitahu wartawan yang Peru akan mencadangkan langkah itu serta larangan perjalanan ke atas pegawai kanan Venezuela pada 19 Disember ketika pertemuan kumpulan itu, yang antara ahlinya termasuklah Kanada dan kuasa besar Amerika Latin.
Matlamatnya, adalah untuk memberi tekanan kepada “diktator Maduro” selaku pemimpin haluan kiri yang sedang bersiap sedia mengangkat sumpah pada 10 Januari depan bagi penggal kedua menerajui negara penuh krisis itu.
Maduro, pewaris haluan kiri Hugo Chavez sudah menerajui Venezuela yang kini dilanda krisis teruk politik dan ekonomi di mana hyperinflasi, kekurangan bekalan dan kemelut politik berlaku menyebabkan dianggarkan 2.3 juta penduduknya melarikan diri sejak 2015 mencetuskan kecemasan di rantau tersebut. – AFP, 8 Disember, 2018.
Komen