PIHAK berkuasa Turki pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap terhadap sekurang-kurangnya 41 tentera atas tuduhan mempunyai kaitan dengan percubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016, lapor Xinhua.
Suspek itu termasuk pegawai rendah dan berpangkat sarjan yang masih aktif bertugas, menurut agensi Anadolu.
Kesemua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan secara serentak di tiga wilayah.
Mereka didakwa mempunyai kaitan dengan pergerakan ulama berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen yang menjadi dalang di sebalik percubaan rampasan kuasa tersebut.
Ankara menyalahkan Gulen dan rangkaiannya sebagai pihak yang bertanggungungjawab dalam cubaan rampasan kuasa itu, yang menyaksikan 250 orang terkorban. – Bernama, 7 Disember, 2018.
Komen