MALAYSIA akan berusaha sedaya upaya bagi membuang label “kleptokrasi” yang mencemar nama baik negara, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada majlis anugerah anti rasuah hari ini.
Beliau turut menyalahkan kerajaan sebelum ini yang menurutnya telah menconteng arang ke atas nama baik Malaysia.
Rasuah dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima dan harus dicegah dengan rasa jijik dan marah, katanya dalam satu ucapan di Anugerah Kecemerlangan Anti-Rasuah Antarabangsa Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani di Putrajaya petang ini.
“Malaysia dan rakyat Malaysia mengukir sejarah dalam pilihan raya 9 Mei apabila gabungan pemerintah yang memerintah sejak kemerdekaan dicapai, ditolak oleh pengundi.
“Tanpa ragu-ragu, kejijikan terhadap rasuah menjadi penyebab majoriti rakyat Malaysia bangkit dan buang pentadbiran lama. “
“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memastikan usaha memperbaiki tadbir urus dan memperkenalkan inisiatif anti-rasuah yang bertujuan membanteras amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.”
“Kita tidak merasa bangga apabila pada satu ketika Malaysia digambarkan sebagai kleptokrasi, kita pada hari ini sedaya upaya menghentikan untuk bukan sahaja memadam label itu, bahkan juga untuk mengingatkan semua orang di Malaysia bahawa rasuah bukan sesuatu yang boleh diterima,” kata Mahathir dalam ucaptama beliau.
Mahathir yang berusia 93 tahun yang merupakan perdana menteri buat kali kedua itu memberitahu penonton bahawa Malaysia perlu mengambil serius mengenai rasuah jika mahu menjadi Harimau Asia sekali lagi.
“Adalah penting bagi kita untuk meningkatkan nilai dan piawaian kita tanpa mengira warna atau kepercayaan. Ini adalah satu-satunya cara untuk memajukan Malaysia.
“Jika kita mahu menyertai barisan negara maju, menjadi harimau Asia sekali lagi, maka kita perlu ambil serius dengan rasuah. Kita tidak akan sampai ke sana dengan mengambil cara pintas untuk berjaya.
“Malaysia dan rakyat Malaysia hanya boleh menganggap diri mereka maju apabila mereka dapat menentang rasuah dan menghentikannya,” kata Dr Mahathir.
Sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum dan mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr Mahathir telah menahan dan mendakwa beberapa tokoh utama dalam pentadbiran terdahulu.
Pemimpin utama yang menjadi tajuk akhbar berkenaan skandal berprofil tinggi, adalah bekas perdana menteri Najib Razak dan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.
Najib didakwa berhubung pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sementara Zahid pula didakwa berhubung dana dari Yayasan Akal Budi dan hubungan beliau dalam projek-projek di bawah jawatannya sebagai menteri dalam negeri.– 7 Disember, 2018.
Komen