PENGARAH Taiwan Doze Niu didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang krew wanita yang bekerja dalam set filem terbarunya, “Pao Ma”.
Menurut akbar Taiwan United Daily News. Serangan yang dikatakan berlaku dalam satu pertemuan di kediaman Niu di Taipei ketika tetamu lain meninggalkan acara itu.
Rakan kepada wanita tersebut membawanya ke hospital selepas serangan yang didakwanya berlaku pada bulan November lalu dan laporan polis difailkan semalam.
Niu, yang muncul di sebuah balai polis Taipei untuk memberikan keterangan pada hari Jumaat, berkata beliau akan bekerjasama terhadap siasatan yang dijalankan ke atasnya.
Bercakap kepada wartawan di hadapan balai polis, Niu berkata: “Saya yakin dan berharap akan ada perbicaraan yang adil.
“Tetapi ada satu lagi perbicaraan masyarakat awam yang beredar sekarang dan saya seakan dijatuhkan hukuman mati.”
Sebelum memberi tunduk hormat di hadapan kamera, beliau menambah: “Doze Niu sudah mati.”
Dikenali dengan filem-filem blockbuster di Taiwan, berawal sebagai pelakon cilik dan kemudian menjadi seorang pengarah, Niu menjadi masyhur apabila “Monga” memenangi dua Anugerah Golden Horses pada tahun 2010, kejayaan filemnya itu memberikan pulangan ASD1.85 juta di box office pada minggu pertama tayangannya, jumlah yang lebih tinggi dikutip daripada filem Avatar di box office.
Taiwan mempunyai industri filem aktif di samping turut menganjurkan Anugerah Golden Horses- yang digelar Oscar negara China- namun pergerakan #MeToo, yang dicetuskan ekoran serangan seksual oleh mogul Hollywood Harvey Weinstein, telah memberi impak terhadap industri filem di sana.
Niu sebelum ini menjadi tajuk utama berita pada tahun 2014, apabila beliau didenda hukuman yang kini ditangguhkan, ekoran membawa seorang sinematografer ke pangkalan tentera laut di Taiwan tanpa kebenaran pihak berkuasa bagi menentukan lokasi filemnya, “Paradise in Service”.
Taiwan mempunyai larangan ke atas warga China daripada memasuki kemudahan ketenteraan. – AFP, 7 Disember,
2018.
Komen