AHLI Perniagaan Lubnan Kassim Tajideen yang dianggap pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai pembiaya utama kumpulan Hezbollah mengaku bersalah semalam atas pertuduhan berkaitan mengelak sekatan terhadapnya, kata Jabatan Kehakiman AS.
Tajideen,63, mengaku bersalah di hadapan mahkamah di Washington dan berdepan hukuman penjara lima tahun dan rampasan AS$50 juta asetnya jika perjanjiannya dengan pendakwa raya diterima.
Beliau dimasukkan ke dalam Senarai Pengganas Khas Dunia pada Mei 2009 oleh Jabatan Perbendaharaan kerana kaitannya dengan Hezbolah, sebuah kumpulan politik Syiah dan militan di Lubnan.
Tajideen ditahan sejak diekstradisi ke AS pada Mac 2017 selepas ditangkap di luar negara, kata kenyataan itu lagi.
“Kami akan terus menyasarkan Hezbollah dan kumpulan pengganas lain dan penyokong mereka, dan kami akan terus menang,” kata Pemangku Peguam Negara Matthew Whitaker yang mengetuai pendakwaan.
Hezbollah adalah kumpulan pengganas yang jadi sasaran AS sejak 1997 dan berjuang bersama-sama tentera Syria setia kepada Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara negara itu. – AFP, 7 Disember, 2018.
Komen