KANADA semalam mempertahankan tindakannya menahan eksekutif gergasi teknologi China, Huawei, atas permintaan ekstradisi Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan akan meningkatkan ketegangan antara Washington dan Beijing.
Ketika China mendesak Ketua Pegawai Kewangan Huawei Meng Wanzhou dibebaskan, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata penahanan Meng pada Sabtu itu dilakukan sendiri oleh pegawai ketika sedang membuat penukaran pesawat di Vancouver.
“Saya boleh jamin yang kita adalah sbeuah negara dengan badan kehakiman yang bebas,” kata Trudeau di Montreal.
“Dan mereka ambil keputusan ini tanpa melibatkan campur tangan politik.”
Memetik perintah larangan penerbitan ke atas Meng, Tredeau enggan mengulas lanjut mengenai kes yang menurut senator AS berikutan aktiviti Huawei di Iran.
Penahanan Meng itu berlaku pada hari yang sama Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan pada sidang kemuncak di Buenos Aires dan berbincang untuk meredakan ketegangan perdagangan. – AFP, 7 Disember, 2018.
Komen