LANGSUNG: Saksi baharu kehilangan pastor beri keterangan


Noel Achariam

SIASATAN Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) ke atas kehilangan Pastor Raymond Koh dijangka tamat hari ini selepas dua pegawai polis memberikan keterangan.

Dua saksi yang dipanggil Suhakam ialah bekas Pesuruhjaya Cawangan Khas Awaluddin Jadid dan saksi baharu, Hazril Kamis.

Peguam mewakili keluarga Koh sebelum ini berkata mereka mencari dua saksi baharu yang penting bagi memastikan siasatan itu dapat diteruskan.

Katanya, keterangan dua saksi itu adalah penting bagi menentukan sama ada negara atau polis terlibat dalam kehilangan pastor tersebut.

Peguam Jerald Gomez yang mewakili keluarga Koh berkata, mereka sudah meminta panel siasatan Suhakam menghantar sepina kepada tiga saksi tetapi sekiranya dua saksi hadir ia sudah mencukupi.

Gomez berkata seandainya hanya seorang saksi yang hadir hari ini, sesi akan jadi sia-sia kerana saksi boleh mengeluarkan kenyataan tanpa ada kaedah untuk mencabarnya.

Koh diculik di Petaling Jaya pada 13 Februari tahun lepas oleh kira-kira 15 orang individu yang menaiki tiga SUV hitam.

Penculikan itu dirakan kamera litar tertutup dan digambarkan sebagai operasi yang dirancang pihak berkemahiran.

Suhakam sedang menjalankan siasatan awam terhadap kehilangan Koh dan tiga yang lain iaitu Pastor Joshua Hilmy, isterinya, Ruth dan aktivis Perlis Amri Che Mat bagi menentukan sama ada kehilangan mereka adalah kes kehilangan paksa.

The Malaysian Insight membawakan lintas langsung prosiding hari ini: 

4.05pm: Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, R. Munusamy bertanya Asri adakah beliau tahu terdapat bukti lain yang tidak didedahkan. 

Asri berkata bahan bukti berkenaan tidak dipamerkan adalah dua bendera bertulis kalimah ‘Allahhuakbar’ dan berwarna hijau, merah, putih dan hitam, buku bagaimana untuk pertahankan masyarakat Patani dan lima gambar individu yang dipercayai Koh, rumah, kereta dan papan tanda. 

Munusamy bertanya mengapa barangan berkenaan tidak dipamer. 

Asri menjawab ia kerana sensitiviti bahan berkenaan seperti bendera dan bagi Koh adalah beliau tidak mahu menjejaskan keselamatannya kerana siasatan masih berjalan. 

Mah berkata selepas mendengar semua keterangan mereka menutup siasatan secara rasmi.

Katanya, penyerahan akan dibuat pada 15 Januari manakala 31 Januari ditetapkan untuk menjawab semua serahan. 

3.20pm: Gomez bertanya Asri ketika membuat kenyataan media tahun lalu, adakah beliau mempunyai semua butiran dan adakah ia benar. 

Asri berkata beliau memberi beberapa keterangan yang tidak terperinci tetapi benar. 

Gomez bertanya adakah Asri mendapatkan semua maklumat sebelum membuat kenyataan media. 

Asri menjawab ya. 

Gomez bertanya sekiranya beliau boleh mengesahkan tiada barangan yang dikaitkan dengan Koh dipamerkan pada sidang media berhubung insiden tembak. 

Asri menjawab ya. 

Gomez menyoal sama ada beliau melihat gambar Koh, keretanya dan perkara lain. 

Asri menjawab tidak. 

3.05pm: Siasatan Suhakam bersambung dengan bekas ketua polis Kedah Asri Yusof memberi keterangan. 

Gomez bertanya sama ada polis terbabit dalam insiden tembak di Baling. 

Asri berkata mereka di sana hanya menjalankan siasatan. 

Beliau berkata kes berkenaan diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah Baling.

Gmez bertanya sekiranya beliau tahu stafoc terlibat dalam kes penyeludupan. 

Asri menjawab ya.

12.20pm: Gomez kemudiannya memberikan dua senarai pencarian kepada panel siasatan dan bertanya kepada Hazril siapakah yang membuat senarai itu.  

Hazril berkata senarai itu dibuatnya.

Gomez memberitahu panel yang nombor tujuh di satu senarai menyatakan wujud “tanda sengkang” sementara nombor tujuh senarai satu lagi tidak mempunyainya.

Gomez berkata kedua-dua senarai itu dibuat oleh orang berlainan.

Hazril menafikan perkara itu.

Mah kemudian bertanya mengapa senarai itu berbeza.

Hazril berkata ia mungkin disebabkan beliau kepenatan selepas melakukan operasi dan pengintipan selama beberapa hari.

Beliau sekali lagi menegaskan kedua-dua senarai itu dibuatnya.

Mah kemudian melepaskan Hazri.

Siasatan berhenti rehat untuk Solat Jumaat.

11.45am: Gomez bertanya kepada Hazril jika ada pasukan polis lain yang melihat barangan rampasan.

Hazril menjawab tidak ada, dan beliau adalah salah seorang pegawai polis yang merampas barangan tersebut.

Katanya, beliau sudah menyerahkan barangan tersebut kepada Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Pengkalan Hulu Tan dan Affendi.

Gomez berkata jika beliau memberikan barangan itu kepada orang lain atau Supari.

Hazril berkata tidak, beliau tidak memberikan barangan rampasan kepada Supari atau orang lain.

Gomez berkata yang Khalid memberitahu panel barangan itu diberikan kepada Supari.

Hazril berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

11.20am: Gomes bertanyakan Hazril jika mereka menemui gambar Prima 16 (rumah Koh), gambar lelaki Cina (Koh).

Hazril berkata mereka menemui lima gambar dicetak atas kertas. Ia adalah gambar papan tanda Prima 16, dua keping gambar sebuah rumah, dan dua keping gambar ST5515D (kereta Koh).

Gomez bertanya siapa yang dimaklumkan tentang penemuan itu.

Hazril berkata beliau memaklumkan Huzir tentang gambar tersebut, memberitahunya ada gambar yang kelihatan seperti Koh serta bom paip juga ditemui dalam barangan di rumah tersebut.

Katanya, Huzir lebih bimbangkan tentang bom tersebut dan mengarahkan polis merampas semua barangan tersebut.

10.55am: Gomez bertanya kepada Hazril siapa yang berada di rumah ketika mereka sampai.

Hazril berkata ada seorang wanita yang dipercayai isteri mangsa.

Gomez kemudian bertanya apa yang berlaku di rumah tersebut.

Hazril berkata mereka menemui peluru dan lima gambar dicetak atas kertas.

Gomez bertanya jika Hazril ada menemui nombor plat kenderaan.

Hazril menjawab tidak.

Gomez berkata yang bekas ketua polis negara Khalid Abu Bakar berkata terdapat nombor plat kenderaan dijumpai.

Hazril berkata tidak ada nombor plat kenderaan dijumpai.

10.40am: Gomez bertanya Hazril jika beliau ada membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Hazril menjawab yang beliau membuat laporan polis dan pegawai polis Khairul menerimanya.

Gomez kemudian bertanya bukankah prosedur operasi standard (SOP) untuk pergi ke balai polis membuat laporan berbanding memberikan laporan kepada pegawai sendiri.

Katanya, bukankah laporan polis perlu dilakukan pegawai kawasan itu.

Hazril berkata beliau menulis laporan dan pegawainya menerimanya.

Gomez bertanya bagaimana mereka tahu alamat rumah Fauzi di Pengkalan Hulu, Perak.

Hazril berkata pasukan forensic menemui kertas dengan alamat tercatat dan mereka pergi untuk memeriksa kawasan itu.

10.25am: Gomez bertanya kepada Hazril kejadian tembak-menembak itu dilaporkan kepada siapa.

Hazril kata dia pada mulanya melaporkan kejadian itu keppa Huzir dan IPD Baling.

Gomez bertanya jika Hazril mengambil apa-apa barang dari lokasi kejadian.

Mereka hanya melakukan pemeriksaan teknikal untuk memastikan lokasi kejadian itu selamat dan tiada ancaman lain, katanya.

Hazril memberitahu mereka menjumpai pistol automatik, syabu di papan pemuka kereta dan dua plet kenderaan bernombor BNW 217 dan WNS 5168. 

Hazril berkata pasukan forensik IPK Kedah yang kemudiannya mengambil semua barangan tersebut.

Gomez bertanya jika mereka menemui telefon bimbit pada mangsa, dan Hazril kata tidak.

10.15am: Gomez bertanya apa yang terjadi ketika mereka jumpa Fauzi.

Hazril berkata mereka sedang melakukan rondaan ketika mereka terjumpa sebuah kereta yang mencurigakan pada pukul 4 pagi.

Pegawai-pegawai itu katanya menghadang kereta tersebut dan berlaku kejadian tembak-menembak.

Hazril berkata Fauzi melepaskan tiga das tembakan dan mereka membalas balik.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai kemudian bertanya kepada Hazril berapa das tembakan yang dilepaskannya.

Hazril berkata dia melepaskan empat das tembakan dan dia semasa itu berada kira-kira lima ke tujuh meetr dari kenderaan yang dinaiki Fauzi.

10.00am: Gomez bertanyakan kepada Hazril mengapa polis pergi ke Baling.

Hazril berkata mereka mendapat arahan untuk menangkap penyeludup pemerdagangan manusia, dadah dan senjata api (Fauzi) yang beroperasi di sempadan Kedah dan Thailand.

Gomez bertanya bilakah arahan itu diberikan.

Hazril berkata dua minggu sebelum kejadian tembakan tersebut.

Gomez bertanya siapa yang pergi ke Baling.

Hazril berkata dua pegawai kanan dan tujuh pegawai polis pergi kesana.

Gomez bertanya bagaimana mereka mendapat maklumat mengenai Fauzi.

Hazril berkata mereka mendapat maklumat daripada sumber.

Peguam Jerald Gomez yang mewakili keluarga Koh berkata kehadiran dua saksi baharu itu penting dalam siasatan kehilangan pastor tersebut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Disember, 2018.

9.45am: Siasatan Suhakam ke atas kehilangan Pastor Koh disambung kembali apabila panel siasatan memanggil Ketua Operasi Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang (Stafoc) Hazril Kamis untuk memberi keterangan.

Peguam keluarga Koh, Jerald Gomez bertanya kepada Hazril sekiranya pegawai Stafoc ditempatkan di seluruh negara.

Hazril berkata, mereka hanya ditempatkan di Bukit Aman.

Gomez bertanya jika Stafoc diarahkan ke Baling, Kedah 2017 apabila seorang penyeludup ditembak mati.

Hazril berkata, ya mereka pergi selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Huzir Mohamed. – 7 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen