VICE, sebuah filem kisah Dick Cheney dibintangi Christian Bale sebagai bekas naib presiden AS semalam meraih pencalonan terbanyak Golden Globes dengan enam pencalonan termasuk filem komedi terbaik, ketika perlumbaan pencalonan Oscar semakin memuncak.
Pencalonan itu diumumkan pada awal pagi di California, adalah anugerah filem utama sebelum festival filem Academy Awards yang akan berlaku Februari depan.
Vice yang hanya akan ditayangkan di pawagam AS pada hari Krismas nanti memenuhi beberapa jangkaan, meraih lebih banyak pencalonan berbanding filem A Star Is Born tetapi kedua-dua filem mendapat banyak pencalonan dalam anugerah filem itu.
Bersama-sama A Star Is Born yang mendapat pujian pengkritik dan berjaya pecah panggung dengan lima pencalonan Golden Globe adalah filem The Favourite dan Green Book.
Mengikut rapat dibelakang adalah filem arahan Spike Lee, BlacKkKlansman, sebuah filem kisah benar seorang pegawai kulit hitam yang menceroboh masuk gerakan Ku Klux Klan dengan bantuan rakan sejawat berkulit putih dan filem keluaran Disney, Mary Poppins Returns.
Vice juga meraih pencalonan untuk tiga pelakon utamanya, Christian Bale, Amy Adams yang membawakan watak isteri Cheney dan Sam Rockwell sebagai Bush.
Pengarah Adam McKay meraih pencalonan sebagai pengarah dan lakon layar terbaik.
Turut mendapat dua pencalonan adalah Bradley Cooper untuk pelakon lelaki terbaik dan pengarah terbaik untuk filem A Star Is Born dan Lady Gaga untuk pelakon wanita terbaik dan lagu asal terbaik, Shallow.
Tetapi seorang lagi pelakon filem itu, Sam Elliott yang memainkan watak abang Cooper tidak dicalonkan.
Bersama-sama filem A Star Is Born untuk anugerah filem drama terbaik adalah BlacKkKlansman, Black Panther, Bohemian Rhapsody dan If Beale Street Could Talk.
Pencalonan Black Panther untuk filem terbaik adalah yang pertama untuk Marvel dan filem adiwira pertama pernah dicalonkan untuk kategori utama anugerah filem.
Bersaing merebut anugerah musikal/ komedi terbaik adalah Vice, The Favourite, Mary Poppins Returns, Green Book dan Crazy Rich Asians.
Golden Globe memecahkan kategori anugerah kepada drama dan muzikal/ komedi yang membolehkan lebih banyak pencalonan untuk pengundi Oscar membuat pilihan sebelum pengundian bermula.
Manakala, Rome pula meraih tiga pencalonan- filem asing terbaik, pengarah terbaik dan lakon layar terbaik.
Tiga bintang utama The Favourite pula- Olivia Colman, Rachel Weisz dan Emma Stone- juga meraih pencalonan.
Bagi siri televisyen pula, The Assassination of Gianni Versace: American Crime Story, meraih empat pencalonan.
Sharp Objects, Homecoming dan The Kominsky Method juga meraih pencalonan.
Golden Globes akan berlangsung pada 6 Januari di Beverly Hills. Pencalonan Oscar akan diumumkan pada 22 Januari.
Sanda Oh akan mengacarakan Golden Globes tahun ini bersama-sama Andy Samberg. – AFP, 7 Disember, 2018.
Komen