1,000 pelarian Syria pulang ke kampung halaman


Lebih sejuta pelarian Syria didaftarkan di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Lebanon. – Gambar AFP, 6 Disember, 2018.

LEBIH 1,000 pelarian Syria yang berada di beberapa kawasan di Lebanon seperti Nabatieh, Bekaa, Tripoli, Shabaa dan Elnashra, kembali ke tanah air mereka, lapor agensi berita Xinhua.

Proses penghantaran pulang pelarian itu di bawah pengawasan agensi Keselamatan Umum Lebanon dengan kerjasama pihak tentera. 

“Pihak keselamatan Lebanon bersedia untuk terus membantu membawa pulang pelarian Syria,” kata ketua Bahagian Maklumat Keselamatan Awam bagi kawasan Utara, Kolonel Khattar Nasreddine. 

Nasreddine berkata kepulangan pelarian ke tanah air mereka demi kepentingan rakyat Syria dan Lebanon.

Lebih sejuta pelarian Syria didaftarkan di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Lebanon.

Kerajaan menganggarkan jumlah sebenar rakyat Syria di negara itu seramai 1.5 juta. – Bernama, 6 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen