SEKURANG-kurangnya tiga terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden serangan di bandar Chabahar di timur Iran pada Khamis pagi, lapor Xinhua, memetik agensi berita IRNA.
Kereta yang sarat dengan bahan letupan itu diletupkan di sebuah balai polis di Chabahar, kata gabenor bandar itu, Rahmdel Bameri.
Beliau berkata kereta itu cuba memasuki perkarangan balai polis tetapi dihalang pengawal keselamatan, sebelum penyerang bunuh diri meletupkan bom di hadapan pintu pagar balai. – Bernama, 6 Disember, 2018.
Komen