Utus pasukan ke Arab Saudi, Patriot mahu Hishammuddin jelaskan 


Noel Achariam

MKN tidak mempunyai hak untuk menggunakan kuasa bagi mengutus pasukan ke luar negara, tetapi hanya menangani isu-isu seperti bantuan makanan dan isu-isu lain secara dalaman, jelas Arshad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Disember, 2018.

BEKAS menteri pertahanan Hishammuddin Hussein perlu menjelaskan mengapa tentera Malaysia dihantar ke Arab Saudi selama tiga tahun yang jelas tidak memiliki apa-apa kepentingan untuk negara, kata Persatuan Patriot Nasional (Patriot).

Presidennya Mohamad Arshad Raji juga menyifatkan Hishammuddin sebagai “tidak ada klu” ketika bekas menteri pertahanan itu sebelum ini mengatakan bahawa pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengerahkan tentera Malaysia ke luar negara.

“MKN tidak mempunyai hak untuk menggunakan kuasa bagi mengutus pasukan ke luar negara, tetapi hanya menangani isu-isu seperti bantuan makanan dan isu-isu lain secara dalaman,” kata bekas Brigadier-jeneral Arshad kepada The Malaysian Insight.

“Kita tidak hantar tentera untuk bertempur di mana-mana serangan di luar negara, mengapa kita perlu hantar tentera ke tempat yang merbahaya?” Dia (Hishammuddin) perlu menjelaskan mengapa mereka berada di sana selama tiga tahun.

Hishammuddin berkata semalam bahawa Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong harus bertanya kepada MKN jika beliau ingin mengetahui kebenaran di sebalik pengutusan pasukan tentera ke luar negara tanpa pengetahuan dan persetujuan kabinet.

Hishammuddin berkata maklumat itu perlu dibatalkan kerahsiaannya kerana ia membabitkan “kepentingan negara”, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Patriot juga mempersoalkan sekiranya ada penyusunan pasukan tentera Malaysia di dalam barisan pertahanan Arab Saudi yang mengakibatkan Malaysia diwajibkan mengutus pasukan tentera untuk berperang bersama Riyadh bagi menentang Yaman.

Arshad berkata walaupun pasukan tentera itu dipanggil pulang selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, tidak ada sebab Malaysia harus terlibat dalam pertikaian Yaman dan Arab Saudi.

“Kita memang menghantar tentera untuk misi luar negara di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Itu memang sah,” kata Arshad.

“Sekiranya tentera mahu dihantar ke luar negara maka ia harus dipersetujui parlimen atau kabinet. Beliau (Hishammuddin, sebenarnya) cuba mengelak.

Arshad kekal berpendapat Hishamuddin cuba mengelak dari menjawab persoalan penghantaran pasukan tentera ke Arab Saudi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Disember, 2018.

Patriot mengatakan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa masa kini, semua tindakan ketenteraan terhadap negara berdaulat lain adalah menyalahi undang-undang. Tindakan ketenteraan hanya dapat dibenarkan dalam tiga cara:

1. Tindakan pertahanan diri.

2. Pertahanan diri kolektif untuk membantu sekutu yang diserang, berikutan perjanjian pertahanan bersama yang diakui oleh PBB.

3. Organisasi antarabangsa dengan fungsi pengaman yang disahkan oleh Majlis Keselamatan PBB.

Arshad berkata serangan gabungan sekutu yang diketuai Arab Saudi di Yaman tidak memenuhi alasan yang dibenarkan di atas.

“Saya masih kekal berpendapat bahawa tentera yang dihantar ke luar negara itu adalah secara haram. Kami jangkakan jawapan daripada Hishammuddin. “

Liew memberitahu Parlimen pada hari awal minggu Isnin bahawa pada tahun 2015, 27 pegawai dan 62 tentera darat dihantar ke Riyadh dengan pertukaran jadual setiap tiga bulan bagi misi Ops Yemen 2.

Perutusan pasukan itu yang berlangsung selama tiga tahun sehingga mereka dipanggil pulang semula pada 4 September, telah menelan belanja RM14.6 juta dan kira-kira RM1.5 juta dalam bagi kos operasi, setiap pertukaran jadual yang mengambil masa selama tiga bulan. – 6 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen