16 mayat mangsa bunuh di Papua ditemui


Tentera Indonesia bersiap sedia menaiki helikopter dari Wamena di Papua untuk memindahkan mayat pekerja pembinaan di Nduga. – Gambar AFP, 6 Disember, 2018.

PASUKAN Keselamatan Indonesia menemui 16 mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai dipercayai dilakukan oleh pemberontak di wilayah Papua.

Semua mangsa disyaki pekerja pembinaan dan ia insiden keganasan paling buruk di wilayah itu sejak pemberontakan dilancarkan.

“Mayat akan dibawa ke Timika dari daerah Nduga, iaitu kawasan pergunungan di pedalaman, lokasi serangan itu berlaku pada Ahad lalu.

“Hasil maklumat terbaru yang diperoleh, sebanyak 16 mayat sudah ditemui,” kata komander tentera tempatan, Binsar Panjaitan kepada wartawan di Papua.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti dan pihak tentera tidak memberikan butiran lanjut berhubung pembunuhan itu.

Bagaimanapun, laporan awal saksi mengatakan sekurang-kurangnya 19 maut dalam pembunuhan itu, termasuk ditembak dan dikelar leher.

Media tempatan pula melaporkan, jumlah mangsa yang terbunuh antara 24 hingga 31 orang. – AFP, 6 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen