Tak wajar Kelantan bagi cuti untuk berdemo, kata Anwar


Nabihah Hamid

Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim mengulas tentang keputusan kerajaan Kelantan untuk mengisytiharkan cuti umum pada Ahad ini untuk membolehkan penyokongnya menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 Disember, 2018.

KERAJAAN Kelantan tidak wajar memberikan cuti kepada rakyatnya semata-mata untuk menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Itu pandangannya, saya tidak fikir wajar bagi cuti untuk demonstrasi,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu di bangungn Parlimen hari ini.

Kerajaan PAS Kelantan mengumumkan hari Ahad sebagai cuti umum untuk membolehkan penyokongnya menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur.

Perhimpunan bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu diteruskan walau kerajaan mengumumkan untuk tidak meratifikasi perjanjian itu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi komitmen kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD dan beliau sendiri akan membawa usul membahaskannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 

“Kita mesti mengesahkan kedudukan kita dengan jelas dalam Kabinet yang kita tidak ratifikasi, kita menghormati demokraksi, sukar bagi kita untuk mengatakan apa-apa secara terbuka di peringkat awam. 

“Matlamat kita hanya untuk memastikan ketenteraman dan keamanan,” katanya lagi. – 6 Disember, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen