6 hilang selepas 2 pesawat tentera AS terhempas di Jepun


Gambar fail pesawat tentera laut AS F-18. Dua pesawat tentera AS terhempas ketika mengisi minyak di selatan Jepun. Enam anggota tentera masih hilang. – Gambar AFP, 6 Disember, 2018.

ENAM anggota tentera laut Amerika Syarikat (AS) hilang selepas dua pesawat tentera AS terhempas semalam ketika operasi mengisi minyak di pantai Jepun, menurut kenyataan rasmi kedua-dua negara.

Dua pesawat itu – pejuang F-18 dan pesawat pembawa minyak C-130 – terbabit dalam nahas itu kira-kira 200 batu dari pantai Jepun kira-jura jam 2 pagi, menurut kenyataan dari tentera laut AS di Jepun.

Pegawai pertahanan AS berkata insiden itu berlaku selepas pesawat berkenaan berlepas dari stesen udara Marin di Iwakuni, selatan Jepun.

Seorang jurucakap di Pasukan Pertahanan Diri Jepun berkata salah seorang tentera di pesawat berjaya diselamatkan tetapi nasib baki mereka yang terbabit masih belum jelas.

Kru yang berjaya diselamatkan itu menerima rawatan dan tentera marin berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mencari enam yang masih hilang.

Pesawat C-130 dipercayai membawa lima anggota dan dua lagi di dalam F-18, kata pegawai Jepun, menambah Jepun menggerakkan empat pesawat dan tiga kapal dalam operasi mencari itu. – AFP, 6 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen