Ketua pegawai kewangan Huawei ditahan di Kanada


Ketua pegawai kewangan syarikat gergasi perkakasan telekomunikasi China, Huawei ditahan di Kanada dan akan diekstradisi ke Amerika Syarikat. – Gambar AFP, 6 Disember, 2018.

KETUA pegawai kewangan syarikat gergasi perkakasan telekomunikasi China, Huawei ditahan di Kanada dan akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS), kata kementerian kehakiman hari ini.

Meng Wanzhou ditahan di Vancouver pada 1 Disember, kata kenyataan itu.

“Beliau akan diekstradisi ke Amerika Syarikat dan perbicaraan ikat jamin ditetapkan pada Jumaat.”

Kementerian itu berkata butiran lanjut tidak dapat diberikan susulan larangan penerbitan yang dimohon oleh Meng.

Wall Street Journal pada April melaporkan bahawa pihak berkuasa AS membuka siasatan terhadap pelanggaran sekatan terhadap Iran yang dilakukan oleh Huawei.

Huawei – satu daripada syarikat penyedia perkhidmatan dan perkakasan telekomunikasi terbesar dunia – disiasat di AS, di mana pegawai keselamatan negara kerajaan itu berkata syarikat itu didakwa ada hubungan rapat dengan kerajaan.

Perniagaannya di AS dipantau rapat kerana kebimbangan ia akan menjejaskan pesaing AS dan telefon bimbit serta peralatan jaringannya yang digunakan secara meluas di negara lain, mungkin memberikan Beijing kelebihan untuk intipan.

Walaupun pada asasnya ia diharamkan daripada pasaran AS, Huawei mengatasi Apple dan menjadi pembuat telefon pintar kedua dunia pada suku kedua tahun ini, di belakang Samsung. – AFP, 6 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen