Netanyahu 'melebih-lebih', kata pembangkang Israel


Ketua pembangkang Israel, Tzipi Livni berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu melebih-lebih mengenai terowong Hizbollah yang ditemui oleh tentera untuk tujuan politiknya. – Gambar fail EPA, 5 Disember, 2018.

KETUA pembangkang Israel, Tzipi Livni menuduh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersikap melebih-lebih mengenai terowong Hizbollah yang ditemui oleh tentera yang disifatkan untuk tujuan politiknya.

Menerusi radio awam, Livni berkata walaupun beliau dan pemimpin pembangkang lain gembira dengan penemuan terowong dan kerja-kerja memusnahkannya, ia perlu dilakukan secara sederhana, kata beliau.

“Kita bukan dalam keadaan di mana tentera kita berada di belakang musuh,” kata Livni yang jadi menteri luar semasa perang Israel dengan Hizbullah pada 2006.

“Kita bercakap mengenai aktiviti kejuruteraan dalam wilayah berdaulat Israel,” tambah beliau.

Israel pada Selasa mengumumkan menemui terowong Hizbullah yang digunakan untuk menyusup ke wilayahnya dari Lubnan dan melancarkan operasi untuk memusnahkannya. – AFP, 5 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen