Perancis tangguh naik cukai minyak untuk reda bantahan


Rancangan untuk menaikkan cukai ke atas petrol dan diesel pada 1 Januari akan digantung selama enam bulan, manakala rancangan bagi kenaikan tarif elektrik dan harga gas pula, akan dibekukan semasa musim sejuk berikutan bantahan yang semakin mengganas di Perancis. – Gambar EPA, 5 Disember, 2018.

KERAJAAN Perancis menangguhkan rancangan untuk menaikkan harga bahan api sebagai usaha untuk meredaka protes yang semakin memuncak di negara bawah pemerintahan Presiden Emmanuel Macron itu.

Perdana Menteri Edouard Philippe semalam mengumumkan penarikan balik cukai bahan api dan kenaikan tarif elektrik menerusi televisyen selepas bantahan semakin memuncak dan mencetus keganasan di Paris pada hujung minggu lalu.

Rancangan untuk menaikkan cukai ke atas petrol dan diesel pada 1 Januari akan digantung selama enam bulan, manakala rancangan bagi kenaikan tarif elektrik dan harga gas pula, akan dibekukan semasa musim sejuk.

Tekanan terhadap kerajaan meningkat selepas bantahan bertukar menjadi yang paling ganas dalam sejarah di Paris.

Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan berkaitan bantahan dan sekatan jalan raya manakala beratus lagi cedera di seluruh Perancis.

Macron selama berminggu-minggu berpegang teguh pada rancangan menaikkan cukai bahan api yang menurutnya bertujuan untuk membiayai dasar anti pencemaran. Bagaimanapun, pengkritik berkata ia tidak adil untuk pemandu si kawasan pedalaman dan bandar-bandar kecil di Perancis. – AFP, 5 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen