DUA senator utama Parti Republik Amerika Syarikat (AS) berkata taklimat pada Selasa oleh pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) hanya mengukuhkan keyakinan mereka yang putera mahkota Arab Saudi mengarahkan pembunuhan terhadap wartawan Jamal Khashoggi.
Kejutkan deklarasi baru oleh anggota parti Presiden Donald Trump sendiri itu bertentangan dengan naratif White House yang cuba mengelak sebarang kemungkinan kaitan antara Putera Mahkota Mohammed bin Salman dengan pembunuhan itu.
“Saya yakin putera mahkota mengarahkan pembunuhan tersebut dan sentiasa diberitahu perkembangan situasi itu sepanjang kejadian berlaku,” kata Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Bob Corker kepada pemberita selepas Pengarah CIA Gina Haspel memberi taklimat kepada sekumpulan kecil senator.
“Jika MBS di hadapan juri, beliau akan disabitkan dalam masa kurang daripada 30 minit,” kata Corker, merujuk kepada puteta itu.
Senator Republican Lindsey Graham, sekutu Trump yang bergabung dengan kumpulan penggubal undang-undang yang semakin meningkat mendesak presiden mengambil sikap lebih tegas terhadap Riyadh, turut menghadiri taklimat tertutup selama satu jam, dan tidak bersuara langsung selepas itu.
Graham turut menggambarkan putera raja itu sebagai tidak siuman dan “pemusnah” yang “bersubahat dalam pembunuhan Khashoggi”.
Senator South Carolina secara langsung menolak komen oleh pegawai pentadbiran Trump, termasuk Setiausaha Pertahanan Jim Mattis, yang baru minggu lepas mengatakan “tiada bukti nyata” yang mengaitkan putera mahkota dengan pembunuhan itu.
Akhbar AS, termasuk The Wall Street Journal, melaporkan CIA mempunyai bukti yang Putera Mohammed saling bertukar 11 mesej dengan pembantunya, Saud al-Qahtani, yang didakwa mengawasi pembunuhan itu, sebelum dan sesudah kejadian.
Antara bukti paling penting ialah rakaman audio pembunuhan yang edarkan oleh Turki. Graham berkata ia tidak diperdengarkan semasa taklimat pada Selasa.
Lelaki berbahaya
Kerajaan Arab Saudi kini cuba memperbaiki keadaan dengan seorang jurucakap Kedutaan Arab Saudi, Fatimah Baeshen, mengatakan kerajaan mempertahankan komitmennya terhadap hubungan AS-Arab Saudi dan menolak sepenuhnya tuduhan yang mengaitkan putera itu dengan pembunuhan.
Graham menegaskan beliau percaya putera mahkota meletakkan hubungan AS-Saudi yang berabad-abad dalam risiko.
“Sekiranya kerajaan Arab Saudi akan berada di tangan orang ini untuk masa yang lama, saya merasa sangat sukar untuk melakukan perniagaan, kerana saya fikir beliau gila, saya rasa beliau berbahaya,” katanya. – AFP, 4 Disember, 2018.
Komen