Ahli ‘Texas Seven’ dijatuhi hukuman mati lepas 18 tahun dipenjara


Joseph Garcia, salah seorang geng Texas Tujuh dijadualkan dijatuhi hukuman mati menerusi suntikan pada 6 petang ini waktu tempatan di Huntsville. – Gambar AFP, 5 Disember, 2018.

TEXAS akan melaksanakan hukuman mati terhadap ahli geng dikenali sebagai “Texas Seven” kerana disabitkan bersalah membunuh seorang pegawai polis ketika jenayah berleluasa pada 2000, sebelum ditahan menerusi program televisyen “America’s Most Wanted”.

Joseph Garcia, 47, dijadualkan dijatuhi hukuman mati menerusi suntikan pada 6 petang ini waktu tempatan di Huntsville.

Dijatuhi hukuman penjara 50 tahun kerana membunuh rakannya dalam satu pergaduhan, Garcia dan enam lagi rakan banduannya di penjara Connally bersekongkol melarikan diri dari penjara.

Kumpulan lelaki itu menyerang pengawal kerana mahukan uniform mereka dan memaksa seorang lagi membuka pintu. Bapa kepada salah seorang lelaki terbabit menunggu di dalam kereta di luar penjara.

Bagi membiayai kehidupan mereka selepas melarikan diri, “Texas Seven” bercadang memulakan perniagaan dan pada malam Krismas, mereka menyerang kedai barangan sukan di pinggir Dallas.

Ketika melarikan diri, mereka membunuh Aubrey Hawkins, seorang pegawai polis yang masih muda, dengan dihujani peluru dan dipukul dengan kayu.

Pihak berkuasa memburu kumpulan itu, menawarkan ganjaran AS$100,000 yang kemudian bertambah menjadi AS$500,000 bagi mendapatkan maklumat tentang geng itu.

Selepas menyiarkan episod “America’s Most Wanted” – program popular khas mencari penjenayah berbahaya – beberapa orang melaporkan pernah bertembung dengan pelarian itu.

Enam minggu selepas melarikan diri, geng itu ditahan di Colorado, dengan salah seorang daripada mereka membunuh diri ketika ditahan.

Enam yang lain didapati bersalah membunuh pegawai polis berkenaan dan dijatuhi hukuman mati.

Tiga sudah pun dijatuhi hukuman mati dan dua lagi selain Garcia masih menanti hukuman.

Peguam Garcia berhujah anak guamnya tidak melepaskan peluru yang menyebabkan kematian pegawai polis terbabit. Mereka memfailkan rayuan pada saat akhir untuk menangguhkan hukuman.

Amerika Syarikat menjatuhi hukuman mati terhadap 21 orang pada 2018 dan 12 daripadanya di Texas. – AFP, 5 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen