Mexico rampas 1.4 tan kokain dalam pesawat


Kenyataan Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat menyebut, rampasan dilakukan selepas pihak berkuasa penerbangan awam melaporkan mengenai pesawat yang mendarat di Chetumal tanpa kebenaran. – Gambar AFP, 4 Disember, 2018.

POLIS dan tentera Mexico merampas hampir 1.4 tan kokain dalam sebuah kapal terbang yang mendarat tanpa kebenaran di lapangan terbang di Quintana Roo, selatan Mexico. 

Kenyataan Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Rakyat menyebut, rampasan dilakukan selepas pihak berkuasa penerbangan awam melaporkan mengenai pesawat yang mendarat di Chetumal tanpa kebenaran. 

Polis Persekutuan dan Tentera Mexico kemudian menemui 1,396 kilogram kokain yang terdapat dalam 43 bungkusan berwarna hitam dan putih, lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun tiada anak kapal ditemui dalam pesawat berkenaan. – Bernama, 4 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen