Turki tahan 55 suspek lagi berkaitan rampasan kuasa 2016


Ketua Pejabat Pendakwa Raya Anadolu di Istanbul mengeluarkan perintah menahan seramai 96 suspek dan operasi memburu yang lain diteruskan di seluruh bandar. – Gambar AFP, 4 Disember, 2018.

SERAMAI 55 lagi suspek ditahan polis di Istanbul, Selasa kerana didakwa terbabit dalam percubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016, lapor media tempatan.

Ketua Pejabat Pendakwa Raya Anadolu di Istanbul mengeluarkan perintah menahan seramai 96 suspek dan operasi memburu yang lain diteruskan di seluruh bandar. 

Sebelum itu, pendakwa di wilayah Konya mengeluarkan waran tangkap untuk 34 anggota tentera di 24 bandar di wilayah itu, lapor Xinhua.

Perintah tahanan turut dikeluarkan pendakwa di wilayah pusat Kayseri dan Ankara untuk menangkap sekurang-kurangnya 112 orang termasuk tentera.

Kesemua suspek disyaki mempunyai kaitan dengan ulama Fethullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat.  

Kerajaan Turki menuduh Gulen dan rangkaiannya dalang di sebalik rampasan kuasa yang mengorbankan 250 orang. – Bernama, 4 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen