RUU mansuh hukuman mati mesti dibentang segera, kata Ambiga


Noel Achariam

Bekas pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata rang undang-undang tersebut hendaklah dibentangkan pada 10 Disember, bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Disember, 2018.

RANG undang-undang untuk memansuhkan hukuman mati perlu dibentang segera, kata peguam Ambiga Sreenevasan.

Bekas pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata rang undang-undang tersebut hendaklah dibentangkan pada 10 Disember, bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia.

“Jika mereka tak lakukan sekarang, mereka akan terus tangguh,” kata beliau pada forum “Abolition of the Death Penalty: Rationale and Implications” di Kuala Lumpur hari ini.

“Memalukan kalau tidak diluluskan.

“Sidang Parlimen akan tamat minggu depan. Ia mesti dilakukan pada masa itu.”

Menteri Undang-undang Liew Vui Keong sebelum ini berkata hukuman mati bagi 33 kesalahan akan dimansuhkan.

Bagaimanapun, rang undang-undang untuk memasuhkan hukuman mati masih belum dibentangkan di Parlimen. – 4 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.           


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen