Hakim perlu diberi kuasa budi bicara bagi hukuman mati, kata Ramkarpal


Noel Achariam

Ini hanya perlu melibatkan kes-kes baru dan undang-undang perlu ditaktifkan, digubal dan dilaksanakan dengan budi bicara, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Disember, 2018.

HUKUMAN mati mandatori harus dimansuhkan tetapi kuasa budi bicara perlu diberi kepada hakim untuk membuat keputusan bagi kes-kes yang jarang berlaku, kata peguam, Ramkarpal Singh. 

Ini hanya perlu melibatkan kes-kes baru dan undang-undang perlu ditaktifkan, digubal dan dilaksanakan dengan budi bicara, katanya.

“Saya berpandangan ia (hukuman mati) perlu dimansuhkan tetapi harus dikekalkan bagi kesalahan baru.

“Kerajaan harus menggubal undang-undang untuk memutuskan apakah budi bicara tersebut,” katanya pada forum “Abolition of the death penalty: Rationale and Implications” di Kuala Lumpur hari ini. 

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata beliau menentang pengulangan perlakuan jenayah.

“Apabila kita kata kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah kes kanak-kanak didera secara seksual dan dibunuh serta kes berulang yang dilakukan oleh penjenayah yang sama,” katanya.

Menteri Udang-undang Liew Vui Keong berkata hukuman mati bagi 33 kesalahan akan dimansuhkan, tetapi masih belum ada rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Peguam Ambiga Sreenevasan pula berpendapat kuasa budi bicara tidak harus diberi bagi hukuman mati.

“Saya tidak fikir kita boleh benarkan kes-kes yang amat jarang berlaku menghalang undang-undang rang undang-undang itu diluluskan.

“Ini akan menjadi salah satu pencapaian paling penting dalam memansuhkan hukuman mati.”

Menurut Ambiga, kerajaan perlu memansuhkan hukuman mati seperti yang dijanjikan dalam manisfesto Pakatan Harapan.

Katanya, ketika ini terdapat 2,081 pesalah menunggu hukuman mati.

“Sebagai peguam, kita perlu rasional bahawa hukuman mati perlu dimansuhkan secara total. 

“Konsep ‘an eye for an eye’ (nyawa dibalas dengan nyawa) adalah kuno. Ia keganasan terhadap keganasan. Bagi saya ia tiada beza.”

Ambiga juga berkata hukuman mati tidak mengurangkan kadar jenayah dan 142 negara sudahpun memansuhkan atau menghapuskannya.

“Kita semua marah apabila berlaku pembunuhan tetapi membalas dendam tidak boleh dijadikan asas.

“Hukuman mati tidak mencegah jenayah.Pembunuhan masih berlaku, begitu juga jenayah berkaitan dadah.”

Sebaliknya, kerajaan perlu menumpukan kepada penguatkuasaan yang lebih berkesan, kata Ambiga. – 4 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen